Mengenai IMKL

Latar Belakang

IMKL Setapak merupakan Institut Memandu milik Syarikat Telatin Mewah Sdn.Bhd. Namanya adalah diilhamkan dari singkatan nama Institut Memandu Kecemerlangan Latihan dan Setapak adalah lokasi tempat Institut beroperasi. Telatin Mewah Sdn. Bhd adalah syarikat milik bumiputera yang telah di tubuhkan berdaftar di bawah Akta syarikat (No. Pendaftaran 309496-P).

IMKL Setapak mula beroperasi pada bulan November 2006 di bawah pengawasan Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penubuhannya adalah bagi menyahut usaha kerajaan untuk melahirkan pemandu yang terlatih dan berhemah di jalanraya.

Post Image 1

IMKL Setapak telah dibina menepati spesifikasi Pelan Susunatur Litar Institut Memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Product Name yang terkini dan merupakan antara Institut Memandu yang mempunyai kemudahan prasarana sepertimana yang diperlukan oleh JPJ.

Gabungan tenaga pengurusan dan staf operasi yang berpengalaman dalam bidang perlesenan pemandu memberi satu kelebihan kepada syarikat. Di dalam dunia pasaran yang kompetitif ini, IMKL berkeyakinan untuk terus maju dan berdaya saing untuk menjadi antara institut memandu yang terunggul di Kuala Lumpur.

Misi & Falsafah

Berusaha semampu mungkin untuk mengajar dan melatih bakal pemandu dengan cara yang terbaik sehingga lulus cemerlang dan melahirkan pemandu yang berhemah di jalanraya.


Post Image 1

Visi & Inspirasi

Menjadi sebuah pusat pembelajaran memandu setempat yang berdaya saing dan beroperasi mengikut ketetapan arahan-arahan yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Memberi pengajaran memandu yang terbaik kepada bakal pemandu dengan harapan dapat melahirkan pemandu yang:

  • Berpengetahuan dalam pemanduan.
  • Berhemah dan beretika semasa memandu.
  • Sentiasa berhati-hati dan membuat keputusan terbaik dalam apapun keadaan semasa memandu.
  • Menghormati dan bertolak-ansur dengan pengguna jalan raya yang lain.